Hayat Merdeka – Sempena 50 Tahun Malaysia Merdeka

* Saguhati Pertandingan Malaysia Kreatif Peringkat Kebangsaan Anjuran BERNAMA NASIONAL


Hayat Merdeka

Di saat kita menanti

Setengah abad yang hampir kini

Ditafsir dalam seribu erti

Perjuangan terdahulu yang tiada henti

Kita masih diulit mimpi

Hanya pentingkan diri sendiri

Bongkak, tamak dan iri hati

Itu bukanlah sifat hakiki

Hayat merdeka yang kita cari

Perlu teguh pada jati diri

Tidak terumbang ambing dimakan hari

Amanah dan ibadah dihayati

Hayat merdeka yang kita impi

Bukan khayalan tiada illusi

Serlahkan jiwa yang abadi

Itulah destinasi yang dirindui

alfarabius, Skudai (2007)

Tags:

One Response to “Hayat Merdeka – Sempena 50 Tahun Malaysia Merdeka”

  1. ALVIN says:


    Medicamentspot.com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.Best quality drugs.No prescription online pharmacy. High quality drugs. Buy pills online

    Buy:Valtrex.Retin-A.Lumigan.Zyban.Arimidex.Actos.Zovirax.Nexium.Petcam (Metacam) Oral Suspension.Accutane.Prevacid.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Synthroid.Mega Hoodia.Human Growth Hormone.Prednisolone….

Leave a Reply